Suatu petang, saya teringat akan SMS seorang rakan mengenai peringatan dan amaran mengenai beberapa isu hangat masa kini misalnya Inluenza A H1N1. Dia juga memberikan beberapa petikan Kitab Suci akan kaitan perkara tersebut.
Pada petang itu, terlintas di fikiran saya untuk membuka Kitab Ulangan bab 6: Mata saya tertarik untuk membaca petikan 10-12, “Tuhan telah berjanji untuk memberi kamu tanah yang mempunyai kota-kota besar dan makmur, yang tidak kamu bina ... Apabila Tuhan membawa kamu ke tanah itu dan kamu mempunyai segala sesuatu yang kamu ingin makan, berhati-hatilah supaya jangan engkau melupakan Tuhan.”
Petikan ini membuatkan kenangan saya melayang jauh ke Semenanjung di mana saya banyak menyaksikan pergelutan iman sahabat-sahabat senegeri saya. Kuala Lumpur, bukan sahaja menjanjikan pendapatan yang lebih baik tetapi juga membawa cabaran serta padah bagi suku bangsa sendiri.
Sebenarnya, bukan hanya di kotaraya ini sahaja, di mana-mana sahajapun termasuk di desa dan tempat terpencil, pasti akan berlaku kepincangan di dalam masyarakat.
Baru-baru ini, saya amat sedih membaca paparan kisah di akhbar mengenai anjing yang menggonggong seorang bayi yang dibuang!
Penceraian dan ketidaksetiaan juga menjadi-jadi. Kekudusan perkahwinan sudah semakin tidak dihargai walau di kalangan umat Katolik. Anakanak muda ramai yang menyalahgunakan kemajuan teknologi internet dan telefon. Aksi lucah dirakam dan disebarkan tanpa rasa malu!
Malah, sekarang ini juga budaya homoseksual dan lesbian semakin menular ke dalam masyarakat kita.
Malang sekali, umat kita masih meremehkan peringatan-peringatan mudah yang yang diberikan oleh Gereja. Dalam hal yang kecil, misalnya etika berpakaian untuk mengikuti Misa Kudus adakalanya dipandang sebelah mata sahaja. Membaca petikan Kitab Ulangan tadi, membuatkan saya mengeluh. Adakah kita juga seperti umat Israel yang tidak setia kepada Tuhan?
Bayangan ngeri akan keadaan dunia sekarang dan tuntutan Tuhan untuk kita menginjil sebagai umat Kristian, menyebabkan saya berasa tidak tenang jika saya tidak mengongsikan renungan ini. Bukan malapetaka yang saya takuti, tetapi bagaimanakah caranya saya dapatmembantu menyedarkan orang lain tentang rencana kegelapan yang sedang menghancurkan umat manusia?
Kita mungkin tidak pernah melakukan kesalahan seperti yang disebutkan tadi, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang berani mencabar orang lain untuk menyedari kesilapan-kesilapan yang bertentangan dengan ajaran agama.
Mungkin kita boleh mencontohi sikap rakan saya yang bekerja di sebuah klinik swasta. Namun beliau meletakkan jawatan kerana klinik tersebut menjalankan pengguguran bayi. Bukan ke rana pengguguran bayi adalah salah di sisi undang-undang tetapi rakan saya sedar bahawa sangat berdosa untuk mengambil nyawa bayi yang tidak berdosa.
Meskipun kehilangan pekerjaan namun dia tidak kehilangan iman dan pendiriannya. “Saya sering menangis selepas itu kerana tidak mampu menghalang kegiatan pengguguran tersebut. Sedangkan binatang melindungi anaknya sendiri, manusia pula secara sesuka hati membunuh anak sendiri,” luahnya.
Di Malaysia kita berkempen untuk memulihara alam sekitar dan melindungi hidupan liar yang semakin pupus.
Namun berapa ramaikah di antara kita yang berani bersuara untuk mempertahankan nyawa insan yang teraniaya termasuklah bayi-bayi tidak berdosa yang dibunuh sebelum mengecapi kehidupan di dunia?
SMS yang diberikan oleh teman saya mungkin tidak mempunyai maksud apa-apa bagi sebilangan orang, tetapi petikan tersebut mungkin boleh memberikan jalan penyelamatan kepada seseorang yang memerlukan petunjuk untuk keluar dari jurang dosa. — S.A. Jamlint
Sumber : Herald Malaysia Online

0 comments:
Post a Comment