PENGENALAN
“Camp R.O.C.K – Teenagers Camp” ini terbuka kepada semua remaja pelajar katolik berumur 13 tahun dan ke atas di seluruh paroki Tuaran dan paroki-paroki luar yang berminat. Sasaran utama ialah mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti PMR, SPM dan STPM. Semua yang bakal menyertai perkhemahan ini akan membawa bersama cara dan citarasa yang tersendiri, suka dan duka, dosa dan rahmat. Setiap peribadi mempunyai harapan yang tertentu dari perkhemahan ini. Mereka semua adalah sasaran cintakasih Tuhan selaras dengan visi dan misi TYMM iaitu untuk menjangkau dengan penuh cintakasih. Anggaran peserta adalah sebanyak 150 orang.
OBJEKTIF
Membawa remaja pelajar untuk bersama-sama menemui kekuatan dan keberanian untuk menyahut seruan menjadi pengikut Kristus dalam keluarga dan masyarakat.
Mempersiapkan rohani pelajar untuk menghadapi segala cabaran di alam pengajian khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
Mengajak remaja pelajar untuk menghidupi kembali iman kristiani sebagai satu kurnia dan memperbaharui peribadi ke arah yang lebih matang.

SASARAN
Remaja, Pelajar Katholik berumur 13 tahun keatas dan belia-beliawanis
TEMA, TARIKH DAN TEMPAT
Tema bagi perkhemahan ini diambil daripada petikan Injil untuk hari minggu
pada 13 September 2009 iaitu;
“Setiap orang yang mau mengikut Aku, Ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku”
MRK 8:34
MRK 8:34
Perkhemahan ini akan dilangsungkan di sekitar perkarangan Gereja Katolik St. John Tuaran di Zon Tuaran pada 11 – 13 September 2009. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20.00 seorang.
Keterangan Lanjut sila hubungi admin. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment